Untuk membuat tempahan, anda perlu mengisi borang tempahan secara online atau dengan cara mengisi borang tempahan (format word document) yang boleh anda download disini

1. Selepas kami menerima maklumat tempahan daripada anda, kami akan menyemak dan menghantar invois kepada anda. Deposit tempahan kad kahwin sebanyak RM100 diperlukan untuk memulakan proses artwork. Pastikan anda menerima invois dahulu sebelum membuat pembayaran.

2. Selepas kami menerima bayaran yang disahkan, proses rekabentuk kad akan dimulakan dan kami akan mengemailkan/ whatsapp artwork kepada anda dalam masa 5-7 hari bekerja. PERHATIAN! Tanpa bayaran deposit, proses rekabentuk artwork TIDAK akan dimulakan.

3. Proses pembetulan artwork yang dibenarkan 3 KALI SAHAJA (bermula selepas penghantaran artwork yang pertama).

Anda dinasihatkan membuat semakan secara teliti dalam masa 3 kali proses pembetulan yang dibenarkan. Jika lebih daripada 3 kali, caj tambahan sebanyak RM20 akan dikenakan untuk pembetulan yang seterusnya.

Sekiranya anda berpuas hati dengan artwork berkenaan, kami akan menghantarkan invois terakhir. Anda dikehendaki menjelaskan baki bayaran untuk kos percetakan kad anda.

4. Selepas bayaran dijelaskan, kami akan memulakan proses percetakan kad. Proses percetakan biasanya mengambil masa 2 hingga 3 minggu bergantung pada musim perkahwinan

5. Selepas kad siap dicetak, anda boleh ambil di kedai atau kami juga boleh hantar ke tempat anda (hanya kawasan Bangi, Seri Kembangan sahaja). Jika anda berada di luar kawasan, kos penghantaran akan kami maklumkan kepada anda melalui email selepas kad siap ditimbang dan ditentukan mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak kurier. Selepas pembayaran kos penghantaran dijelaskan, kami akan mengirim bungkusan kad anda menggunakan National Courier / SkyNet.